Bismillah..
Madu ialah sejenis manisan dihasilkan oleh
lebah menggunakan nektar bunga.
Kepelbagaian madu terhasil daripada lebah
madu (genus Apis) ialah yang paling selalu
menjadi rujukan dan jenis madu yang
dipungut oleh penternak madu serta kegunaan
oleh manusia. Madu yang dihasilkan oleh
lebah dan serangga lain mempunyai sifat
berlainan.
Lebah madu menukarkan nektar kepada madu
melalui proses regurgitasi, dan menyimpan ia
sebagai sumber makanan utama dalam lilin sel
kom dalam haif mereka. Amalan ternakan
lebah menggalakkan penghasilan lebihan madu
di haif agar lebihan madu tersebut boleh
dituai dari koloni.
Madu mendapat rasa manis daripada fruktosa
monosakarida dan glukosa. Ia mempunyai rasa
manis hampir sama dengan gula kasar. Ia
mempunyai sifat kimia yang menarik sesuai
untuk pembuatan roti, dan satu rasa tersendiri
yang membuatkan sesetengah orang
menyukainya berbanding gula dan pemanis
yang lain. Kebanyakan mikroorganisma tidak
hidup dan membesar dalam madu kerana
kurangnya aktiviti air iaitu 0.6 dalamnya.
Namun, madu kadang-kala terkandung
endospora dorman bakteria Clostridium
botulinum, iaitu berbahaya kepada bayi,
kerana endospora itu boleh menukarkan
bakteria penghasil racun dalam perut bayi
tersebut, seterusnya menyebabkan sakit dan
mungkin membawa kepada kematian.
Penggunaan madu dalam sejarah manusia
sudah berlaku sejak dahulu kala lagi. Ia
digunakan dalam pelbagai jenis makanan dan
minuman sebagai pemanis dan (bahan) perisa.
Ia juga tersebut dalam kitab al-Quran kitab
suci agama Islam, dan sebagai simbol kepada
sesetengah masyarakat.
Rasa madu berbeza berdasarkan sumber
nektar yang dipungut. Pelbagai jenis dan gred
madu berada di pasaran. Madu juga digunakan
dalam berbagai jenis perubatan tradisional
bagi merawat penyakit. Kajian debunga dan
spora dalam madu mentah (melissopalinologi)
dapat menentukan jenis sumber flora (bunga)
madu tersebut dipungut. Oleh kerana lebah
membawa cas elektrostatik, dan boleh
menarik zarah-zarah, teknik melissopalinologi
yang sama boleh digunakan untuk bidang
kajian alam sekitar mengenai zarah radioaktif,
debu atau pencemaran partikel bebas.
Sejalan dengan perkembangan dunia yang
semakin canggih, dunia pengobatan juga
semakin maju dibandingkan dengan cara
pengobatan dahulu. Meskipun pengobatan
modern terus tumbuh dan berkembang.
Namun pengobatan yang sudah tersirat dalam
al-Qur'an dan hadits masih tetap mengambil
tempat di dalam kehidupan masyarakat Islam.
Menurut Nabi Sallallohu 'Alaihi Wasallam
setiap penyakit itu pasti ada obatnya. Sabda
Baginda :
Maksudnya : "Berobatlah, maka sesungguhnya
Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah
menyediakan baginya obat, kecuali satu
penyakit, yaitu tua" ( Hadis riwayat Abu Daud)
Beberapa penellitian telah dilakukan terutama
kepada bahan dasar alami dari tumbuh-
tumbuhan dan buah-buahan. Begitu juga
dengan madu lebah karena dalam al-Quran
sendiri telah menggariskan pelbagai
pengajaran dan maklumat penjagaan diri
terhadap berbagai macam penyakit, maupun
kesehatan jasad atau rohani agar kita dapat
mengerjakan segala perintah Alloh dengan
teratur.
Firman Alloh dalam surah an-Nahl: (Surah An-
NAhl: 69).
Tafsirnya: "Kemudian makanlah daripada
setiap macam buah-buahan dan tempuhlah
jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan.
Daripada perut lebah itu keluar minuman
madu yang bermacam-macam warnanya, di
dalamnya terdapat obat menyembuhkan bagi
manusia. Sesungguhnya pada yang demikian
itu benar-benar terdapat tanda kebesaran
Tuhan bagi orang yang memikirkan."
Rasulullah Sallallohu 'Alaihi Wasallam juga ada
berpesan agar seseorang itu berobat dengan
madu dan al-Qur'an, Baginda bersabda:
Maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah
olehmu sekalian akan dua obat penyembuh
yaitu madu dan al-Qur'an." (Hadis riwayat
Ibnu Majah)
Didalam hadits tersebut ternyata madu
mempunyai keistimewaan yang tersendiri
dengan nilai-nilai utama dalam ilmu
kesehatan, yang mempunyai zat-zat besi dan
vitamin yang kuat. Di samping itu madu juga
dianggap penting kerana memenuhi keperluan
tubuh dan cepat memberi tenaga.
Mereka yang mengetahui akan khasiat madu
akan menggunakannya secara rutin, hal ini
bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan
dalam beberapa kajian yang telah dilakukan di
mana jika diamalkan setiap hari akan
mencegah berbagai macam penyakit dan
memberi tenaga yang cukup.
Di samping itu madu juga seringkali digunakan
untuk sampingan sarapan pagi agar tenaga
segera siap digunakan dalam menjalankan
kerja harian. Madu juga memiliki aroma enak
yang meningkatkan selera, seperti Rasulullah
Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga
mengamalkannya.
Diperkuatkan dengan hadits
baginda yang berbunyi:
Maksudnya: "Dari Abu Hurairah, dia berkata:
Rasululloh Sallallohu 'Alaihi Wasallam
bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu
sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan,
maka dia tidak akan terkena cubaan yang
besar."
Di samping itu dengan memakan madu juga
dapat menyembuhkan batuk-batuk yang
menganggu dan dapat mencegah kekejangan
pada otot tubuh khususnya pada bagian kaki.
Dalam pengobatan tradisional, madu telah
dimanfaatkan untuk menyembuhkan luka-luka
terbakar pada kulit. Jika diusapkan madu akan
dapat mengurangi rasa sakit yang menyengat
dan mencegah pembentukan lepuh
(mengelupas) dan cepat sekali menyembuhkan
daerah yang terbakar. Di samping itu banyak
lagi penyakit yang dapat disembukan misalnya
hidung tersumbat, anak yang suka kencing
malam ( ngompol ) dan cocok untuk bayi yang
baru lahir.
Dalam al-Qur'an, hadits-hadits yang
disebutkan dan amalan pengobatan
tradisional, madu mempunyai
keistimewaannya tersendiri. Adalah menjadi
suatu amalan yang baik menjadikan madu
sebagai obat dan mencegah berbagai penyakit
serta menjaga kesehatan.
#sumber: dunia-pengetahuan-dan-informasi.blogspot.com
Kami menyediakan madu dari berbagai merk dan jenis. juga melayani pesan antar untuk beberapa daerah tangerang.
bagi yang berminat dapat menghubungi 081313676742.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar